(^_^)Nuffnang...(^_^)

Sunday, February 27, 2011

Bukan Cinta Novella... Bhgn 1...

Bukannya aku tak minat novel, namun bagi aku novel mengajar manusia terlalu berangan-angan dan mengharap sesuatu di luar kemampuan dan kemahuan diri. Aku sendiri contohnya, setelah membaca novel sering saja berangan-angan bertemu dengan jejaka idaman yang kacak, yang kaya, yang mencintai aku melampau-lampau. Dan diri aku bak heroin novel cinta. Tak cantik tapi manis. Pujaan ramai lelaki dek kerana kelembutan persis gadis melayu terakhir. 

Arghhhh! Begitu tinggi sekali angan-angan itu. Bila tersedar, aku hanyalah gadis biasa yang ingin di cintai apa adanya aku. Aku tersenyum lagi. Teringat pada Ashraff. Lelaki yang ku anggap istimewa kerana dialah sahabat dunia dan akhirat aku. Seorang sahabat baik yang sentiasa bersedia mendengar keluhan dan rungutan aku. Yang sentiasa punya waktu untuk aku tidak kira siang atau malam. "Tapi kenapa aku tidak mencintai dia?" gumam ku sendiri.

"Nia, kau tu kalau berangan, nombor satu. Lelaki-lelaki kaya yang handsome, yang mencintai seorang perempuan je, tak banyak yang masih single sayang oi... Tu semua dalam novel bodoh yang kau baca tu. Tolonglah berpijak di bumi nyata. Tu semua watak yang di reka untuk buat orang macam kau ni terusan bermimpi di siang hari. Kau ni, nama je lulusan LU tapi perangai tak serupa bikin. Sedarlah oiii..." Marah Ashraf ketika aku memberitahu nya tentang boss baru syarikat aku bekerja. 
"Yang kau marah sangat ni kenapa?" rajuk ku pulak.
"Aku tak marah lah Nia. Tapi cara kau bercerita tu seakan kau tu menaruh harapan. Aku kenal kau lah Nia. Kau tu minah novel. Mulalah nak samakan bos kau tu dengan watak-watak hero dalam novel kan...?" sambung Ashraff. Aku tersengih mengangguk perlahan. Seakan mengiakan kenyataan pahit dari mulut Ashraff.

*bersambung*